Syarat Penyertaan
SYARAT-SYARAT UMUM
- Terbuka kepada semua agensi sektor awam.
- Projek/inisiatif inovasi yang dihasilkan hendaklah mempamerkan ciri-ciri keaslian (originality) dan baharu (novelty).
- Projek/inisiatif inovasi yang dihasilkan TIDAK MELEBIHI tiga tahun relatif kepada tahun program AIPSA diadakan.
- Setiap projek/inisiatif layak untuk menyertai satu kategori anugerah dan satu trek sahaja.
SYARAT-SYARAT KHUSUS
Syarat-syarat khusus penyertaan bagi kategori AIPSA, AInSA dan ADISA adalah seperti yang berikut:
- AIPSA
- AInSA
- Projek/inisiatif inovasi yang dilaksanakan sepenuhnya (dalam tempoh lebih daripada setahun tetapi tidak melebihi tiga tahun dan memberi impak tinggi kepada rakyat, komuniti perniagaan dan negara.
- Projek/inisiatif yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat, komuniti perniagaan dan negara.
- ADISA
- Projek/inisiatif inovasi bertaraf rintis atau prototaip yang berpotensi untuk direplikakan atau dikomersialkan (dalam tempoh kurang daripada setahun).
- Projek/inisiatif yang berpotensi untuk memberi impak tinggi kepada rakyat, komuniti perniagaan dan negara.
- Projek/inisiatif yang berpotensi untuk memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar seperti rakyat, komuniti perniagaan, dan negara.
- Satu penerima utama dipilih dalam kalangan empat Penerima Terbaik bagi setiap trek di bawah kategori AInSA.